| SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG EKSA KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH | "Profesional, Ringkas, Efisyen" |

Wednesday, September 2, 2015

EKSA

PENGENALAN EKSA

EKSA, singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S (Rujuk Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014: Ekosistem Kondusif Sektor Awam). EKSA mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. 

Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.




FAEDAH MELAKSANAKAN EKSA

Pelaksanaan EKSA di jabatan/agensi memberikan faedah seperti berikut :
  1. Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
  2. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
  3. Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
  4. Meningkatkan imej jabatan/agensi sektor awam
  5. Menjana idea kreatif di kalangan warga jabatan/agensi
  6. Meningkatkan semangat kerja berpasukan
  7. Meningkatkan disiplin warga jabatan/agensi
  8. Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
  9. Mewujudkan piawaian kerja yang jelas



Imej korporat yang dipamerkan dalam pelaksanaan EKSA di KKTM adalah merangkumi perkara berikut :

Persekitaran semua lokasi adalah sentiasa pada tahap bersih, kemas dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.
Keseragaman pelabelan adalah meliputi warna pelabelan mengikut zon, material bersesuaian dan berlaminate jika perlu.
Keseragaman warna penandaan dan material yang digunakan.